Butik Dsinari : Updates Phase 2
Dsinari.com akan mengalami updates dari segi template laman web, plugin dan sistem niaga Butik Dsinari. Updates ini memang diperlukan memandangkan sambutan pelanggan yang menggalakkan dan diluar jangkaan kami. Oleh sebab itu penting untuk Dsinari mengemaskinikan sistem supaya transaksi kami dengan pelanggan2 budiman berjalan dengan lancar.
Antara updates yang dilakukan untuk Dsinari adalah:
- 1. Template laman web
- 2. Sistem pengurusan stok
- 3. Sistem pengurusan agen
- 4. Rekod transaksi
- 5. Sistem maklumat pelanggan
Kami sentiasa terbuka untuk mendengar nasihat atau cadangan daripada pelanggan2 budiman supaya kita sama2 mendapat kepuasan. Macam biasa, idea2 anda atau teguran anda boleh diajukan di ruangan Contact Us
Updates akan berlaku secara berterusan tanpa disedari pelanggan2 kami. Sama ada dari segi sistem laman web atau stok. Oh ya.. versi Android untuk Butik Dsinari telah dimasukkan dalam roadmap kami. Memandangkan pasaran smartphones makin berkembang, jadi x salah untuk menggunakan teknologi ini. Stay tune….
Harimau Malaya Mengaum Lagi!!! Indonesia 0 – 1 Malaysia
Malaysia mengekalkan rekod tanpa kalah di Sukan SEA ke-26 di Indonesia dengan mengalahkan tuan rumah 1-0 hasil jaringan Syahrul Azwari. Keputusan ini sekaligus mencalar rekod kemenangan berturut-turut Indonesia. Pasukan Timnas hanya menurunkan barisan ke-2 untuk merehatkan pemain-pemain utama.
Seterusnya pasukan Harimau Malaya akan bertemu dengan Myanmar pada sabtu ini. Jadi sama2 kita sokong pasukan negara. Manakala Timnas akan menentang juara kumpulan B Vietnam yang dijadualkan pada jam 7mlm waktu Indonesia. Mungkin di final nanti Harimau Malaya akan sekali lagi bertarung dengan Garuda?
Perlawanan yang jelas dikuasai oleh Harimau Malaya. Macam biasa, bahagian pertahanan memainkan peranan utama dalam memastikan bola dikuasai. Jentera tengah yang dikemudi Irwan Fazail juga nampak mendominasi dan memudahkan penyerang dan pemain sayap mengatur serangan. Apek macam biasa, memang superb walaupun ade insiden tergelincir yang menyebabkan beliau kejang otot, tapi still boleh main. Harap kecederaan biasa saja.
Pasukan Garuda tidak banyak menyerang. Terlalu banyak hilang bola. Mungkin kerana pasukan yang diturunkan tidak cukup perlawanan pemanas untuk bermain secara sepenuh masa 90 minit. Apa pun permainan yang menarik ditunjukkan pasukan tuan rumah. Cuma konfius sebab nama2 pemain Indonesia macam pemain2 luar (Diego, Ferdinand, Okto, Yerichio dll). Nampak sorang mamat Timnas kat bangku simpanan yang confirm Negro sebab bibir besar. Dah jadi macam Singapura plak bagi pemain import yang diberi kerakyatan. Ape pun Harimau Malaya 100% Malaysia.
Sama2 kita berdoa Harimau Malaya mengekalkan pingat emas Sukan SEA. Semarakkan semangat. Disini tumpah darah tanahair ku.
Semoga Harimau Malaya terus mengaum !!
Nombor Tracking Pos Laju

Status penghantaran tempahan anda boleh di semak menggunakan url di bawah:
http://202.185.150.100/emstrack/search.asp
Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Dsinari melalui saluran yang disediakan – klik disini -.
Kos Penghantaran
Salam kepada semua pelanggan Dsinari.com,
Disini pihak Dsinari ingin memberitahu bahawa harga yang dipamerkan untuk setiap produk Dsinari telah termasuk kos penghantaran kecuali Sabah & Sarawak. Untuk Sabah & Sarawak, kos penghantaran akan dipamerkan apabila anda ‘Checkout’.
Ini untuk memudahkan Dsinari memantau harga akhir untuk setiap produk memandangkan Dsinari mempunyai beberapa saluran penjualan seperti laman sosial facebook, Dsinari.com, forum dan sebagainya.
Buat masa ini Dsinari tidak memaparkan kos penghantaran di luar Malaysia. Walau bagaimanapun, Dsinari akan menimbangkan jika terdapat permintaan dengan cara menghantar email kepada Dsinari; tempahan@dsinari.com.
Sekian, harap maklum.
Admin Dsinari
Baju Kurung Moden…
Sekarang ini semakin banyak kita lihat wanita memakai baju kurung dengan pelbagai fesyen terkini seperti kurung moden, kurung kedah dan kurung pahang. Ianya tampak lebih menarik untuk digayakan sewaktu di pejabat, majlis2 perkahwinan, makan malam dan sebagainya.
<!– sekadar gambar hiasan –>











